Peng Soon-Liu Ying mahu ke final - Utusan Malaysia

Peng Soon-Liu Ying mahu ke final

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Pasangan beregu campuran negara, Chan Peng Soon-Goh Liu Ying mahu mengatasi rekod pertemuan dengan Wang Yilyu-Huang Dongping dari China apabila masing-masing dijadualkan bertemu di separuh akhir Terbuka Indonesia, esok.

Jelas Peng Soon, dia bagaimanapun tidak mahu mengambil mudah terhadap pilihan kedua kejohanan itu, namun mengakui bersedia untuk memintas rekod pertemuan di antara mereka setelah terikat 2-2.

“Esok kami akan berdepan dengan pasangan dari China, Yilyu-Dongping di separuh akhir. Setakat ini rekod pertemuan kami adalah seri dengan menang 2-2.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Jadi saya harap esok kami boleh atasinya kepada 3-2. Semoga kami dapat menewaskannya.

“Bagi saya, mereka amat sukar untuk ditewaskan, namun tidak mustahil (untuk dikalahkan). Apa pun keyakinan mental kami sangat baik setakat ini,” ujar Peng Soon selepas tamat perlawanan.

Peng Soon-Liu Ying menempah pertemuan dengan gandingan China itu selepas menewaskan wakil tuan rumah, Tontowi Ahmad-Winny Oktaina Kandow 21-11, 14-21, 21-14 di suku akhir dalam tempoh satu jam.

Mengulas berhubung perlawanan tersebut, Peng Soon berkata, mentaliti yang kuat terutama di set penentuan adalah faktor terhadap kejayaan mereka menumpaskan pemenang pingat emas Sukan Olimpik itu.

“Set pertama menang mudah, namun di set kedua biarpun mentaliti dan taktikal kami bagus, namun kami banyak buat kesilapan menyebabkan kami banyak kehilangan mata.

“Bagaimanapun di set ketiga, kami hanya menentang mental sahaja, sebab kami pun sudah tahu macam mana mereka main, dan mereka juga pun begitu…dah tahu cara kami bermain.

“Itu bermakna, mentaliti kami berjaya mengatasi mereka untuk set penentuan tersebut,” katanya.

Sementara itu, langkah Goh Soon Huat-Shevon Lai pada kejohanan badminton Terbuka Indonesia tersekat di suku akhir selepas tunduk kepada pasangan No. 2 dunia, Wang Yilyu-Huang Dongping.

Beregu campuran No. 2 negara itu nyata tidak berdaya menyaingi kehebatan pasangan China tersebut apabila kalah mudah 4-21, 15-21 dalam masa 32 minit.

Kekalahan pasangan No. 11 dunia, Soon Huat-Shevon menjadikan persaingan merebut slot ke Sukan Olimpik Tokyo 2020 kini semakin terbuka.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini