WASHINGTON 10 Julai – Jumlah pendatang yang ditahan selepas memasuki Amerika Syarikat (AS) melalui sempadan di selatan menurun 28 peratus bulan lalu.
Menurut Jabatan Keselamatan Dalam Negeri, penurunan tersebut apabila AS dan Mexico mengetatkan kawalan.
Bagaimanapun katanya, situasi di sempadan kekal ‘sepenuhnya kecemasan’ dengan penangkapan bulan lalu masih tinggi iaitu 104,344 berbanding tempoh sama tahun lalu dengan 43,180 pendatang. – AFP
Memuatkan artikel berkaitan…











