Pendaftaran pengundi automatik beri kelebihan kepada parti politik Melayu - Utusan Malaysia

Pendaftaran pengundi automatik beri kelebihan kepada parti politik Melayu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 7 Julai – Pendaftaran pengundi secara automatik di Malaysia dijangka akan memberi kelebihan kepada parti politik Melayu dan Islam pada Pilihan Raya Umum ke-15.

Penganalisis Politik Adnan Seman berkata, sekiranya pendaftaran pengundi secara automatik diluluskan Parlimen jumlah pengundi Melayu akan bertambah dengan lebih cepat.

“Kalau kita tengok soalan dari Ali Parlimen Pontian Datuk Seri Ahmad Maslan kepada Suruhanjaya Pilihan Raya pada 4 Julai dalam Dewan Rakyat, SPR memaklumkan jumlah pengundi yang belum berdaftar  adalah seramai 3.9 juta orang.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Jumlah ini adalah mereka yang berumur 21 tahun ke atas. Kalau umur itu diturunkan kepada 18 tahun jumlahnya lebih kurang 1.5 juta. Makna kita ada lebih kurang  5.5 juta pengundi yang tidak berdaftar,” kata Adnan.

Beliau yang ditemubual dalam segmen Mornink Blues yang disiarkan secara langsung di Facebook Utusan Online hari ini berkata, kebanyakan yang tidak mendaftar sebagai pengundi adalah orang Melayu.

Adnan yang juga seorang peguam berkata, mengikut pola pengundian yang masih berasaskan kaum di Malaysia maka pendaftaran pengundi secara automatik akan memberi banyak kelebihan kepada parti pembangkang.

Ini kerana menurut beliau, pada Pilihan Raya Umum yang lalu 70 peratus pengundi Melayu memilih UMNO dan Pas berbanding parti Melayu kerajaan iaitu Bersatu dan Amanah.

“Kalau tanya saya siapa yang akan dapat kelebihan tentulah akan beri kelebihan kepada blok pembangkang kerana BN dan Pas penyokonnya ramai orang Melayu.

“Kalau 5.5 juta pengundi ini masuk secara automatik kita akan nampak penambahan peratusan pengundi Melayu di setiap kawasan Parlimen. Kerana ramai yang tak mendaftar ketika ini adalah orang Melayu,” kata Adnan.

Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad semalam berkata, kerajaan bersetuju anak muda yang berusia 18 tahun akan didaftarkan secara automatik selepas had usia mengundi diturunkan.-UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini