Pemandu maut selepas kereta rempuh pokok - Utusan Malaysia

Pemandu maut selepas kereta rempuh pokok

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 22 Julai – Seorang lelaki maut selepas kenderaan yang dipandunya melanggar pokok di Jalan Bandar Baru Samariang, Kuching, Sarawak hari ini.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak berkata, pihaknya menerima panggilan kira-kira pukul 4.59 pagi tadi.

“Akibat kemalangan tersebut, mangsa yang dikenali sebagai Raven Baseng, 25, telah tersepit di bahagian tempat pemandu dalam keadaan tidak sedarkan diri sebelum disahkan meninggal dunia oleh Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS).

Memuatkan artikel berkaitan…

“Operasi mengeluarkan mangsa mengambil masa selama 20 minit dengan menggunakan peralatan khas sebelum diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Tambahnya, sebuah jentera bersama 10 anggota dan pegawai dari Balai Bomba dan Penyelamat Petra Jaya dikerah ke lokasi kejadian. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini