Pemandu maut lori terbabas - Utusan Malaysia

Pemandu maut lori terbabas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GERIK 12 Julai – Seorang pemandu lori maut setelah kenderaan yangdipandunya hilang kawalan dan terbabas di Kilometer 48, Jalan RayaTimur-Barat, Gerik-Jeli di sini semalam.

Nahas pada pukul 8.15 malam itu mengorbankan, Nik Hasan Mustapa, 47,yang maut di tempat kejadian akibat kecederaan parah di beberapabahagian badan.

Ketua Polis Daerah, Superintenden Ismail Che Isa berkata, kemalanganberlaku ketika mangsa memandu seorang diri dari arah Kelantan keGerik.

Memuatkan artikel berkaitan…

Katanya, kemalangan berlaku apabila lori muatan kayu potong hilang kawalan lalu terbabas ke tepi jalan.

“Kemalangan berlaku ketika kenderaan dipandu mangsa melalui laluanberselekoh dan keadaan jalan yang basah menyebabkan mangsa gagalmengawal kenderaan lalu terbabas.

“Kemalangan itu mengakibatkan mangsa cedera dan dia disahkan meninggaldunia di tempat kejadian,” katanya di sini hari ini.

Menurut beliau, mayat mangsa dihantar ke Hospital Gerik untuk bedahsiasat dan kes diklasifikasikan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.-UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×