'Peluang tidak hanya datang sekali' - Utusan Malaysia

‘Peluang tidak hanya datang sekali’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MADRID – Antoine Griezmann berada pada masa sesuai menyertai Barcelona selepas menanti sekian lama untuk berhijrah dari Atletico Madrid.

Penyerang Perancia itu sudah menandatangani kontrak lima tahun selepas Barcelona bersetuju mengaktifkan klausa perpindahan bernilai 120 juta euro (RM557.10 juta).

Griezmann pada awalnya dilihat menyertai The Catalan musim lalu tetapi dia mengesahkan untuk kekal bersama Atletico dalam satu dokumentari.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Semasa kanak-kanak, ayah saua memberitahu bahawa kereta api tidak akan hanya datang sekali.

“Saya akan berjuang bersama-sama Barcelona dengan semangat serta komitmen penuh,” kata Griezmann dalam laman Twitter Barcelona.

Bagaimanapun, kisah perpindahan epik itu dilihat masih belum selesai dengan Atletico menegaskan bahawa Barcelona perlu membayar 200 juta euro (RM928.51 juta) bagi mengaktifkan klausa perpindahan itu.

Pertikaian berlaku apabila bintang Perancis itu berstuju dengan segala terma yang ditetapkan Barcelona sebelum klausa perpindahan itu digugurkan pada 1 Julai.

“Atletico Madrid percaya penamatan kontrak berlaku sebelum penghujung musim lalu ekoran demonstrasi yang dilakukan pemain tersebut dan atas dasar itu kelab mengambil tindakan segera untuk menjaga kepentingan kelab,” kata kelab itu dalam satu kenyataan. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini