TIDAK dinafikan, pekerjaan dalam industri kereta api atau rel di Malaysia memang banyak didominasi oleh kaum lelaki. Namun di sebalik itu, masih ada golongan wanita yang turut sama menyumbang tenaga dan kepakaran dalam bidang berkaitan industri tersebut. Terdorong untuk mengangkat martabat dan menjadikan industri kereta api ini sebagai salah satu pilihan kerjaya golongan Hawa, Natasha Zulkifli, 44, telah menubuhkan satu pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang dinamakan sebagai Women in Rail (WIR) Malaysia sejak tahun 2017. Natasha yang juga merupakan Pengarah Pemegang Kepentingan Syarikat Pembenaan Yeoh Tiong Lay Sdn. Bhd. menjelaskan,…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya