SEREMBAN – Kekalahan Negeri Sembilan kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) di laman sendiri malam tadi menjejaskan peluang mereka untuk layak ke Liga Super tahun depan. Berbaki satu lagi perlawanan, Sabtu depan menetang UiTM FC, skuad kendalian ketua jurulatih, Mohd. Zan Mat Aris berharap dapat mencipta kemenangan sekurang-kurangnya bagi memperbaiki kedudukan dalam Liga Perdana. Ketika ini, skuad Rusa menduduki tangga kelima liga dengan 28 mata manakala PDRM melonjak ke tangga ketiga dengan 30 mata. Mengulas perlawanan malam tadi, Mohd. Zan mengakui terkilan gagal mengutip tiga mata penuh di laman sendiri, dan…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya