Pelancong ke Bentong meningkat melebihi 200,000 - Utusan Malaysia

Pelancong ke Bentong meningkat melebihi 200,000

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BENTONG 12 Julai – Kemasukan pelancong ke daerah ini dijangka meningkat mendadak melebihi 200,000 orang menjelang hujung tahun ini berbanding 143,641 orang yang dicatatkan tahun lalu.

Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Mohamaddin Ketapi berkata, usaha berterusan untuk menjadikan daerah ini sebagai sdestinasi ekopelancongan, agropelancongan dan pelancongan kesihatan dilihat signifikan dalam mencapai sasaran berkenaan.

“Saya ingin menarik minat seramai mungkin warga Bentong untuk sama-sama mewujudkan dan menambah baik produk-produk pelancongan di daerah ini dan mencapai sasaran kemasukan pelancong melebihi 200,000 orang.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Saya juga mengharapkan bilangan pengusaha dan bilik-bilik inap desa dapat ditambah pada tahun ini agar kita dapat sekurang-kurangnya menambah pendapatan inap desa melebihi RM70,000 berbanding RM53,390 yang dicatatkan tahun lalu,” katanya ketika berucap pada Majlis Pelancaran Wow Wild Bentong hari ini.

Yang hadir sama Ahli Parlimen Bentong, Wong Tack; Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ketari, Young Syefura Othman dan ADUN Bilut, Lee Chin Chen.

Dalam pada itu, beliau berkata, Bentong telah mengambil langkah proaktif dengan mengetengahkan produk-produk pelancongannya seperti durian, halia Bentong dan pelbagai destinasi eko-pelancongan.

Justeru katanya, penduduk Bentong perlu bersiap siaga dari sekarang memandangkan daerah ini bakal menerima kunjungan peminat durian yang terdiri dari pelancong asing khususnya dari China yang dijangka melebihi wwjuta orang ke negeri ini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini