Pelancong Jerman ditemukan maut - Utusan Malaysia

Pelancong Jerman ditemukan maut

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MIRI 13 Julai – Pelancong Jerman yang hilang ketika banjir kilat yang berlaku di Gua Rusa, Taman Negara Mulu sejak semalam, telah ditemukan maut pada pukul 7 pagi ini.

Ketua Bomba dan Penyelamat Miri, Law Poh Kiong berkata, Peter Hoverkamp, 66, yang hilang bersama seorang pemandu pelancong tempatan Roviezal Robin, 20, ditemukan pasukan mencari dan menyelamat di sungai Gua Rusa Mulu.

“Bomba sedang dalam perjalanan ke lokasi menggunakan helicopter M17 Unit Udara Bomba,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Memuatkan artikel berkaitan…

Law berkata, usaha mencari dan menyelamat masih diteruskan untuk mencari pemandu pelancong tempatan itu pada pagi ini dengan laporan terkini yang diterima menyatakan terdapat seramai 15 orang di dalam gua tersebut manakala lima orang lagi di pintu masuk gua.

Mangsa serta pemandu pelancong tempatan itu dilaporkan hilang pada pukul 5.50 petang semalam ketika banjir kilat berlaku di taman negara itu. – BERNAMA

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini