Pekerja pos misteri tanam ribuan surat pengirim - Utusan Malaysia

Pekerja pos misteri tanam ribuan surat pengirim

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

THE HAGUE – Polis Belanda menjumpai beribu-ribu pucuk surat yang ditanam di sebuah hutan oleh seorang pekerja pos, menurut pihak berkuasa kelmarin.

Menurut laporan, seorang pejalan kaki dekat bandar Laren memaklumkan kepada pihak polis mengenai penemuan satu alat penyodok dan keadaan permukaan tanah yang menimbun.

Polis menjumpai satu ‘jumlah signifikan’ surat di dalam lapan lubang yang masing-masing dianggarkan sedalam satu meter. Sebilangan surat itu dipercayai ditanam sejak beberapa minggu lalu.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Sebahagian besarnya adalah bil, majalah dan surat pengiklanan,” kata Margot van de Coterlet, seorang jurucakap bagi syarikat pos Sandd kepada agensi berita AFP.

Syarikat berkenaan tidak mendedahkan identiti pekerja pos itu.

“Malangnya, ia adalah seseorang yang tidak menghormati standard pekerjaan kami. Kami kini dalam proses mengambil langkah-langkah sewajarnya.”

Jurucakap itu juga tidak mendedahkan motif pekerja pos yang menanam surat-surat tersebut.

Surat yang berada dalam keadaan baik dikirim semula ke destinasi asal, walaupun lewat beberapa minggu.

“Bagi surat-surat yang sudah reput, ia akan dimusnahkan selepas kami berbincang dengan pihak pengirim,” katanya. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini