Peka komited laksana program CSR - Utusan Malaysia

Peka komited laksana program CSR

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Pertubuhan Kebajikan Kemanusiaan Antarabangsa (Peka) komited melaksanakan program tanggungjawab sosial korporat (CSR) pada setiap bulan dalam usaha membantu golo­ngan memerlukan.

Pengarah Bahagian Khidmat Masyakat Peka, Chee Keen Har berkata, jumlah peruntukan untuk program CSR itu bergantung kepada Tabung Amanah Sukarelawan Peka yang merupakan sumbangan sukarelawan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) tersebut.

“Sebagai contoh, hari ini kita memberikan sumbangan 200 bungkus beras dan bungkusan makanan kepada 200 penerima yang terdiri daripada warga emas dan orang kurang upaya (OKU) sekitar Jinjang Utara dan Kepong.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Sumbangan ini merupakan usaha berterusan kita untuk mendekatkan lagi hu­bungan antara Peka bersama masyarakat,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Keen Har berkata, pihaknya mengenal pasti penerima bantuan yang layak bagi memastikan setiap program mencapai matlamat.

“Peka berterima kasih kepada sukarelawan Peka yang berterusan memberikan sumbangan bagi membolehkan kita melaksanakan program CSR pada setiap bulan,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini