PDRM gempur PATI - Utusan Malaysia

PDRM gempur PATI

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Seramai 166 warga asing termasuk 17 warga Afrika ditahan dalam dua Operasi Bersepadu Cegah Jenayah Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) di sekitar ibu negara pada 5 Julai lalu dan semalam.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Seri Mazlan Lazim berkata, operasi tersebut dilakukan dengan kekuatan seramai 329 pegawai serta anggota polis dan enam pegawai Jabatan Imigresen Malaysia.

“Operasi dijalankan di sekitar kawasan Pasar Pudu, Jalan Chow Kit, Kawasan Kepong, Changkat Bukit Bintang, Jalan Silang, Kawasan Batu 5 ½, Jalan Klang Lama, Transit Aliran Ringan (LRT) Bandar Tasik Selatan, Taman Miharja, Jalan Haji Eusoff, LRT Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Taman Fadason Jinjang, Taman Wilayah Jinjang, Batu Muda Jinjang, Taman Dato Senu Sentral, Jalan Sepadu, Jalan Raden Bagus dan Jalan Alor Bukit Bintang.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Susulan operasi yang dilakukan, seramai 505 warga asing telah diperiksa dan 166 daripada mereka telah ditahan atas pelbagai kesalahan,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Menurut Mazlan, mereka yang ditahan terdiri daripada 55 warganegara Myanmar, 44 Bangladesh, 18 India, 17 Indonesia, sembilan Nepal, empat Pakistan dan 18 warga Afrika.

“Kesemua mereka ditahan mengikut Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 iaitu masuk dan tinggal di Malaysia tanpa pas atau permit yang sah dan akta-akta lain yang berkaitan,” tegas beliau.

Jelas beliau, pihaknya memandang serius isu kebanjiran warga asing terutamanya warga Afrika yang menyumbang kepada kejadian jenayah di dalam negara.

“Operasi berterusan akan terus dilakukan dan orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat boleh menghubungi Hotline Polis Kuala Lumpur di talian 03-2146 9999 atau mana-mana Balai Polis yang berhampiran,” katanya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini