KUALA LUMPUR – Pasaran getah Malaysia ditutup rendah hari ini mengambil petunjuk daripada pasaran niaga hadapan serantau yang lemah selain penurunan harga minyak menjelang pusingan baharu rundingan perdagangan Amerika Syarikat (AS)-China, kata peniaga. Beliau bagaimanapun berkata, penurunan itu diimbangi oleh kebimbangan mengenai kedudukan bekalan yang rendah di negara pengeluar utama. “Penanda aras kontrak getah di Tokyo Commodity Exchange (TOCOM) bagi penghantaran Disember merosot 1.1 peratus selepas mencatat keuntungan pada Isnin,”…










