Pasar dibedil mortar, 14 maut di Afghanistan - Utusan Malaysia

Pasar dibedil mortar, 14 maut di Afghanistan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KABUL – Sekurang-kurangnya 14 orang terbunuh manakala berpuluh-puluh lagi cedera apabila sebuah pasar yang sibuk di utara Afghanistan, terkena bedilan mortar, semalam. Menurut jurucakap tentera Afghanistan, Hanif Rezaee, beberapa peluru mortar militan Taliban meletup di pasar pagi Jumaat tersebut di daerah Khwaja Sabz Posh, wilayah Faryab. “Sebanyak 14 orang terbunuh dan 40 lagi termasuk wanita dan kanak-kanak mengalami kecederaan,’ katanya. Katanya, kumpulan militan Taliban telah cuba menyerang pusat pemeriksaan tentera yang terletak berhampiran pasar itu. Dilaporkan kumpulan militan Taliban masih tidak memberi komen mengenai insiden tembakan mortar tersebut. – AFP.

 

Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN