Panjat bumbung klinik kerana gerun bersunat - Utusan Malaysia

Panjat bumbung klinik kerana gerun bersunat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SERANG, Banten – Gara-gara takut bersunat, seorang budak lelaki dipercayai berusia lima tahun bertindak memanjat bumbung sebuah klinik di Indonesia, lapor akhbar Daily Mail.

Budak itu kemudian duduk di atas bumbung selama kira-kira dua jam.

Kejadian melucukan itu dirakam di sebuah klinik di bandar Serang, wilayah Banten, Pulau Jawa. Foto tersebut dikongsi oleh seorang doktor bernama Anik Sutari di akaun Facebooknya baru-baru ini.

Memuatkan artikel berkaitan…

Menurut wanita tersebut, dia tidak pernah melihat kejadian seperti itu sepanjang karier sebagai seorang doktor di bandar berkenaan.

“Sepanjang sejarah karier profesional saya, dengan 20 tahun pengalaman dan daripada ribuan kanak-kanak yang saya sunatkan, ini kali pertama saya melihat seorang budak lelaki melarikan diri ke atas bumbung,” katanya.

Katanya, kanak-kanak itu turun ke bawah dua jam kemudian selepas ibu bapanya menghubungi guru sekolah yang mempunyai hubungan baik dengan anak mereka.

“Benar. Sebaik sahaja gurunya datang, dengan mudah sahaja dia dipujuk untuk turun.

“Lebih ajaib lagi, kanak-kanak itu berjalan sendiri ke dalam klinik dan duduk untuk prosedur tersebut tanpa dipimpin atau dipaksa,” katanya.

Menurut Dr. Anik, budak lelaki itu tidak bergelut, menangis atau mengadu apabila dia akhirnya berjaya disunatkan, tiga jam lewat daripada sepatutnya. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini