KUALA TERENGGANU 16 Julai – Persatuan Pandu Puteri Malaysia Cawangan Terengganu (PPPMCT) meneruskan komitmen khidmat masyarakat dengan menyantuni 31 anak yatim dan asnaf dari Sekolah Kebangsaan (SK) Pulau Redang di sini, semalam. Ketua Pesuruhjayanya, Mariah Ismail berkata, golongan sasar bersama keluarga masing-masing menerima sumbangan alat tulis, wang tunai dan barangan dapur. Katanya, program tradisi tahunan sempena Penghayatan Taman Laut Pulau Redang itu secara tidak langsung dapat mendekatkan kalangan ahli PPPMCT yang terdiri daripada seramai 60 guru dengan pelajar dan keluarga mereka yang kurang berkemampuan. “Kami bukan pertubuhan bukan kerajaan (NGO)…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya