ABU DHABI 15 Julai – Seorang pekerja dari Asia dihadapkan ke mahkamah jenayah Ras Al Khaimah dekat sini, hari ini berhubung dakwaan menghina dan bergaduh dengan rakan sebilik yang ditikamnnya dengan sebilah pisau dapur dalam satu kejadian, baru-baru ini. Lapor Khaleej Times, berdasarkan rekod mahkamah, kes itu berlaku apabila kedua-dua lelaki terbabit bertengkar berhubung kesilapan pada resipi yang dikenali sebagai ‘salona’. Kedua-dua lelaki itu saling memaki hamun antara satu sama lain dan terlibat dalam pergaduhan mendorong suspek menggunakan sebilah pisau yang dibawanya dari dapur sebelum menikam mangsa pada tangannya. Menurut…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya