KUALA LUMPUR 15 Julai – Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) akan meneliti tujuh perkara atau projek seperti dikemukakan Jabatan Audit Negara yang didapati tidak mencapai prestasi pembangunan ditetapkan. Pengerusinya, Datuk Dr. Noraini Ahmad berkata, tujuh perkara itu membabitkan program pembangunan sosio-ekonomi masyarakat India, subsidi gas cecair petroleum (LPG), kawalan pekerja asing, aktiviti kecemasan dan trauma, Sekolah Sukan Malaysia Perlis, hab pendidikan tinggi Pagoh dan Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (Finas). Katanya yang merupakan Ahli Parlimen Parit Sulong, antara punca berlaku masalah ini disebabkan kelemahan perancangan projek, kelemahan aspek bayaran, pentadbiran kontrak…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya