KUALA LUMPUR 3 Julai – Credit Guarantee Corporation Malaysia Bhd. (CGC) dan OCBC Malaysia menerusi skim Jaminan Borong (WG) menawarkan pembiayaan tidak bercagar baharu bernilai RM250 juta kepada perusahaan kecil dan sederhana (PKS) sepanjang tempoh dua belas bulan akan datang. Program pembiayaan yang memasuki tahun kelima itu akan menjadikan jumlah yang diagihkan sehingga pertengahan tahun depan kepada RM1.64 bilion. Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif CGC, Datuk Mohd. Zamree Mohd. Ishak berkata, sebanyak RM200 juta disalurkan daripada OCBC Bank dan RM50 juta daripada OCBC Al-Amin akan diagihkan kepada 1,000 akaun PKS.…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya