TANJONG KARANG – Seorang lelaki nyaris kehilangan empat jari tangan kanannya akibat tersepit dalam sebuah mesin pengisar daging di rumahnya di sini semalam. Kejadian berlaku kira-kira pukul 9.30 malam ketika mangsa berusia 20 tahun dipercayai sedang mengisar daging menggunakan mesin terbabit. Mangsa yang kesakitan itu kemudiannya dibawa ke Hospital Tanjong Karang dan terpaksa menahan sakit lebih setengah jam sebelum jarinya berjaya dikeluarkan oleh pasukan bomba. Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Tanjong Karang, Azmi Abbas berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan dari Hospital Tanjong Karang bagi mohon bantuan mengeluarkan jari mangsa. Katanya,…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya