Neev, Nelly ‘bukan gadis OKU’ - Utusan Malaysia

Neev, Nelly ‘bukan gadis OKU’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

AMSTERDAM 11 Julai – Dua beradik kembar siam yang bercantum di bahagian belakang kepala sebelum ini dimaklumkan oleh pakar perubatan tidak akan dapat dipisahkan dan berkemungkinan hidup sampai usia 10 tahun sahaja.

Namun, Neev dan Nelly Kolestein kini berusia 18 tahun dan menjalani kehidupan sama seperti remaja lain biarpun keadaan fizikal berbeza.

Mail Online melaporkan, pasangan kembar Craniopagus itu berkongsi saluran arteri yang sama, namun mempunyai otak dan tubuh badan berasingan.

Memuatkan artikel berkaitan…

Ibu kembar tersebut yang enggan dikenali menceritakan, doktor memaklumkan dia bakal melahirkan kembar siam yang bercantum di bahagian kepala, selain bayinya akan meninggal dunia selepas dilahirkan.

Neev dan Nelly tidak dapat dipisahkan kerana berkongsi saluran arteri di bahagian kepala dan jika proses pemisahan dilakukan, berkemungkinan seorang daripada mereka akan meni­nggal dunia.

Biarpun begitu, pasa­ng­an kembar itu menegaskan mereka tidak mahu dipisahkan walaupun terpaksa berdepan de­ngan pelbagai hala­ngan.

Neev dan Nelly bergiat aktif dalam media sosial apabila memulakan program YouTube dan membuka akaun Instagram untuk meningkatkan kesedaran dalam kalangan masyarakat mengenai keadaan mereka.

Selain itu, medium media sosial berkenaan juga bertujuan menunjukkan kepada orang ramai mereka bukan ‘gadis orang kurang upaya (OKU)’, malah boleh melakukan apa sahaja seperti remaja lain.

Mereka hanya dapat ‘melihat antara satu sama lain’ dengan menggunakan cermin.

Pasangan kembar itu dilahirkan di Suriname, namun di­sebabkan kekura­ngan peralatan perubatan, mereka berhijrah ke Belanda untuk rawatan intensif.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini