WASHINGTON 5 Julai – Tujuh termasuk taikun arang batu dari Amerika Syarikat (AS) Christopher Cline terbunuh dalam nahas helikopter di Bahamas, semalam ini.
AFP yang memetik Menteri Pelancongan dan Penerbangan, Dionisio D’Aguilar sebagai berkata, helikopter yang dalam perjalanan dari pulau Big Cay Cay di Bahamas menuju ke Florida itu terhempas sejurus berlepas.
“Berdasarkan maklumat awal, saya dimaklumkan juruterbang itu tidak meminta kebenaran untuk berlepas,” katanya di sini hari ini.
Memuatkan artikel berkaitan…
Bangkai helikopter itu ditemui di perairan cetek di Lautan Atlantik selepas tiga jam operasi mencari dijalankan.
Sementara itu akhbar Register-Herald melaporkan anak perempuan taikun itu juga berada di dalam helikopter berkenaan. -AFP











