Nafsu, musuh yang dicintai - Utusan Malaysia

Nafsu, musuh yang dicintai

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

NAFSU adalah musuh paling bahaya kerana ia sentiasa mengajak manusia kepada kejahatan.

Pedoman

Hal ini turut ditegaskan oleh Rasulullah SAW dalam sabdanya bermaksud: “Musuh paling memusuhi kamu ialah nafsu yang berada di antara lambungmu.” – Riwayat ad-Dailami

Nafsu menjadi musuh utama kepada manusia kerana:

Memuatkan artikel berkaitan…

1- Nafsu sentiasa berada dalam diri manusia dan akan tetap bersama kita walau ke mana sahaja

2- Agak menakutkan apabila nafsu menjadi musuh yang sangat kita cintai

Nafsu seks dan nafsu makan adalah pangkal kepada semua kejahatan, justeru seharusnya kedua-dua ini diuruskan dengan baik sebelum merosakkan diri sendiri.

Manusia perlu diingatkan bahawa daripada dua sumber ini iaitu mulut (nafsu makan) dan kemaluan (nafsu seks), bakal menentukan seseorang itu sama ada memperoleh kehinaan atau kemuliaan.

Biarpun nafsu yang tidak dikawal akan merosakkan diri, tetapi ia juga sangat disukai manusia. Semuanya disebabkan nafsu mengajak kita melakukan sesuatu yang menyeronokkan dan kita menyukainya. Akhirnya, nafsu itu menjadi musuh yang sangat kita cintai.

Bagi melawan nafsu, Imam al-Ghazali di dalam kitab Minhaj al-Abidin telah menggariskan tiga cara iaitu:

1- Menahan atau menyekat nafsu melalui sumber kekuatannya seperti menahan makan (berpuasa).

– Jika berpuasa, nafsu boleh dikawal sekali gus banyak lagi kejahatan dapat disekat.

2- Manusia perlu memberi bebanan ibadah untuk dipikul oleh nafsu.

– Bukan sekadar melakukan solat lima waktu, tetapi solat pada waktu malam juga berkesan menundukkan nafsu

3- Memohon pertolongan daripada Allah SWT

– Usaha menentang nafsu hendaklah dimulakan, diiringi dan disudahi dengan berdoa kepada Allah.

* Sumber: Buku Semuanya Soal Hati

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini