MPSJ anjur Program Jom Sihat dan Lestari - Utusan Malaysia

MPSJ anjur Program Jom Sihat dan Lestari

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 30 Julai – Majlis Perbandaran Subang Jaya ( MPSJ) akan menganjurkan Program Jom Sihat dan Lestari di Padang Kawad Universiti Putra Malaysia ( UPM) pada 17 Ogos ini.

MPSJ dalam satu kenyataan memberitahu, program yang diadakan sempena sambutan Bulan Kemerdekaan ke-62 MPSJ 2019 itu akan bermula pada pukul 7 pagi.

“Acara ini berkonsepkan kayuhan santai dan akan melalui kawasan di sekitar Subang Jaya. Ia terbuka kepada semua sama ada warganegara atau bukan warganegara.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Lima ratus peserta terawal mendaftar akan memiliki insurans berkelompok dan berpeluang menerima kemeja-t program. Penyertaan adalah percuma,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini