Mohd. Kamarudin terajui Polis Johor - Utusan Malaysia

Mohd. Kamarudin terajui Polis Johor

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU – Timbalan Ketua Polis Johor, Datuk Mohd. Kamarudin Md. Din hari ini menerajui Polis Kontinjen Johor selepas dilantik menjadi Ketua Polis yang baharu.

Mohd. Kamarudin, 56, menggantikan Datuk Mohd. Khalil Kader Mohd. yang dinaikkan pangkat sebagai Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Bukit Aman.

Terdahulu, Majlis Serah Terima Tugas Ketua Polis Johor diadakan di Auditorium Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor di sini hari ini.

Memuatkan artikel berkaitan…

Majlis tersebut disaksikan Pengarah Sumber Strategik dan Teknologi Polis Diraja Malaysia (PDRM), Datuk Seri Tajudin Md. Isa.

Mohd. Kamarudin dilahirkan di Rembau, Negeri Sembilan mula berkecimpung dalam dunia kepolisan sejak tahun 1988 sebelum dilantik sebagai Timbalan Ketua Polis Johor pada 17 Julai 2017. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini