Mobily jamin perkhidmatan rangkaian terbaik di Tanah Suci - Utusan Malaysia

Mobily jamin perkhidmatan rangkaian terbaik di Tanah Suci

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEPANG 22 Julai – Syarikat telekomunikasi Arab Saudi, Mobily memberi jaminan kualiti perkhidmatan rangkaian terbaik kepada jemaah haji Malaysia bagi memudahkan sentiasa berhubung dengan keluarga ketika di Tanah Suci.

Pengurus Saluran Akaun Luaran Mobily, Muhammed Bilal Randhawa berkata, pihaknya menawarkan kualiti rangkaian 4G sepanjang musim haji termasuk sewaktu jemaah berwukuf di Arafah.

Beliau berkata, setiap jemaah haji Malaysia akan diberikan satu kad prabayar semasa di stesen berlepas sebelum berangkat ke Tanah Suci.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Kita cuba memberikan perkhidmatan yang terbaik untuk para jemaah walaupun ketika waktu puncak.

“Selain itu, Mobily menawarkan pakej istimewa dengan mengikut kesesuaian para jemaah sama ada secara bulanan atau mingguan,” katanya dalam sidang akhbar selepas Majlis Mengucapkan Selamat Jalan Jemaah Haji Ke Tanah Suci oleh Mobily di Kompleks Lembaga Tabung Haji (Tabung Haji) di sini hari ini.

Tabung Haji sebelum ini memaklumkan pihaknya menjalin kerjasama dengan Mobily di bawah Program Sahabat Korporat TH untuk memberi perkhidmatan kad sim prabayar kepada jemaah haji Malaysia.

Kad prabayar tersebut hanya boleh diaktifkan di Mekah dan Madinah sahaja di mana para jemaah dikehendaki membawa kad sim serta lencana pengenalan diri.

Petugas Mobily akan mengimbas jari jemaah haji di kaunter Mobily yang dibuka di setiap bangunan penginapan.

Setelah pengaktifan kad prabayar Mobily dilakukan, setiap jemaah haji hendaklah menambah nilai kredit kepada akaun yang didaftarkan serendah SAR5 (RM5.51) bagi mendapatkan dua gigabait data percuma selama tiga hari mengikut keperluan masing-masing.

Kiosk Mobilly di bangunan penginapan juga menyediakan perkhidmatan tambah nilai dan gantian kad sim. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini