Mini Karnival Jualan Buku berakhir 5 petang ini - Utusan Malaysia

Mini Karnival Jualan Buku berakhir 5 petang ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Mini Karnival Jualan Buku anjuran Perpustakaan Negara Malaysia (PNM) akan melabuhkan tirai pada pukul 5 petang hari ini. 

PNM dalam kenyataannya memberitahu, karnival yang diadakan bermula semalam itu menawarkan jualan pelbagai koleksi buku dengan diskaun sehingga 40 peratus.

“Pengunjung boleh mendapatkan buku-buku kegemaran pada harga serendah RM20 sebuah. Urusan pembelian juga dipermudahkan dengan urusan layan diri tanpa tunai menggunakan Maybank QR Pay atau transaksi atas talian.

“Selain jualan buku, terdapat pelbagai lagi acara yang menarik disediakan untuk orang ramai,” katanya dalam kenyataan di sini.-UTUSAN ONLINE

ACARA Mini Karnival Jualan Buku yang akan tamat pada pukul 5 petang ini.
Memuatkan artikel berkaitan…
Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini