MILAN – Lionel Messi seharusnya menyertai Inter Milan sekiranya mahu beraksi bersama Lautaro Martinez.
Martinez sebelum ini dikaitkan dengan perpindahan ke Barcelona, namun, semuanya berakhir selepas penyerang itu menyertai Inter.
Messi dan Martinez beraksi bersama di Copa America dengan membantu Argentina layak ke separuh akhir sebelum tewas kepada Brazil.
Wakil Martinez, Beto Yaque sebelum ini mengesahkan bahawa Barcelona ada menunjukkan minat untuk mendapatkan Martinez tetapi dia mengesahkan pemain itu akan kekal di Inter.
“Dia tidak sabar untuk memulakan musim baharu bersama Antonio Conte.
“Launtaro sememangnya gembira dengan pujian yang diberikan Messi selepas kedua-dua mereka beraksi bersama.
“Dia hanya memikirkan tentang Inter dan gembira untuk terus bersama Inter. Conte menghubunginya dan memberitahunya cara untuk bekerjasama.
“Memang benar sebelum ini Barcelona meminatinya tetapi sehingga kini tiada mana-mana kelab Sepanyol menghubungi kami secara rasmi. Khabar angin memang ada tetapi tiada satu yang benar.
“Ada satu jenaka yang ingin saya katakan, jika Messi ingin beraksi bersama Martinez, dia perlu sertai Inter,” katanya.-AGENSI











