KUALA LUMPUR – Walaupun kalah, skuad kebangsaan telah mempamerkan prestasi cemerlang selepas berjaya mengurangkan defisit gol dalam perlawanan ujian menentang Sepanyol di Barcelona pada Selasa. Malaysian Tigers ketinggalan 0-1 kepada pasukan ranking kesembilan dunia itu apabila Pau Quemada menjaringkan gol pada minit ke-30, yang meletakkan Sepanyol di depan. Ketua jurulatih kebangsaan Roelant Oltmans berkata empat pemain tonggak negara mendapat banyak peluang untuk menjaringkan gol, namun gagal menyempurnakan penyudahannya. “S.Kumar (penjaga…










