Menilai kemelut dalam FGV - Utusan Malaysia

Menilai kemelut dalam FGV

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Baru-baru ini, kita dikejutkan dengan tindakan pemegang-pemegang saham utama FGV Holdings Bhd. (FGV) iaitu Felda dan (Koperasi Permodalan Felda (KPF) menolak pembayaran yuran kepada Ahli Ahli Lembaga Pengarah FGV.

Ada banyak pendapat ber­kai­tan kesan daripada tindakan itu. Ada yang memihak kepada FGV dan bersimpati dengan Ahli Lembaganya, tetapi tidak ku­rang juga yang memihak kepada Felda dan KPF.

Sesuatu perkara tidak akan berlaku tanpa sebab. Sejak mula diapungkan di papan utama Bursa Malaysia pada 2012, pemegang-pemegang saham FGV tidak pernah sekalipun mengundi menolak sebarang resolusi yang dikemukakan FGV. Tetapi kenapa sekarang mereka tidak bersetuju? Kami cuba mencari punca tindakan itu.

Memuatkan artikel berkaitan…

Pengorbanan

Bagi Felda, pengorbanan mereka bagi menjayakan penyenaraian FGV bukanlah kecil. Felda memberikan ladang-ladang terbaik mereka untuk disewa FGV menerusi perjanjian pajakan tanah (LLA) selama 99 tahun.

Bukan ladang sahaja, Felda juga memberikan pusat penye­lidikan dan pembangunan (R&D) yang tidak ternilai har­ganya, tanah tapak-tapak kilang secara percuma, infrastruktur seperti jalan dan paling penting reputasi dan rekod mereka yang sangat baik cuba ditiru pelbagai negara pada ketika itu.

Sudah tentulah dengan pe­ngorbanan ini, Felda meng­ha­rap­kan pulangan lebih baik kepada mereka supaya akhirnya Felda dapat menggunakan pendapatan dari FGV itu untuk menampung kos pentadbiran mereka dan seterusnya membantu peneroka Felda.

Sementara itu, hampir ke­semua peneroka Felda merupakan ahli KPF sama ada menerusi caruman peribadi ataupun menerusi usaha dan bantuan dari pengurusan Felda. KPF juga menyerahkan pegangan sebanyak 49 peratus dalam Felda Holdings kepada FGV pada harga rendah dan di bawah potensi pendapatan jangka panjangnya.

Sudah tentu KPF mengharap­kan FGV melayannya dengan lebih bermaruah dan me­ngenang pengorbanan mereka. Tambahan pula, mereka mempunyai ahli hampir 240,000 orang terdiri daripada kakita­ngan-kakitangan tetap kumpulan Felda, anak-anak peneroka dan bekas-bekas pemimpin Fel­da.

Pada awalnya, hubungan antara ketiga-tiga agensi ini iaitu Felda, KPF dan FGV adalah sa­ngat akrab dan mereka menggunakan kekuatan masing ma­sing demi memberi keuntungan kepada peneroka dan pemegang saham.

Felda dan KPF terus menjalinkan hubungan baik mereka tetapi malangnya FGV sejak hampir dua tahun kebelakangan ini cuba memisahkan diri mereka daripada ikatan Felda dan KPF.

Tindakan

Terdapat tindakan demi tindakan FGV dan kenyataan-ke­nyataan yang dibuatnya sangat melukakan hati Felda. Antaranya:

n Membuang nama Felda Global Ventures Holdings kepada FGV Holdings.

n Berpindah pejabat dari Menara Felda ke Wisma FGV (bekas bangunan Pejabat Sime Darby).

n Melayan dan memaklumkan kepada orang awam bahawa Felda cuma pemegang saham biasa FGV, sama seperti pemegang-pemegang saham yang lain.

n Menyatakan FGV akan terus kukuh dan berjaya walaupun Felda mengambil semula tanah di bawah LLA.

n Menamatkan perkhidmatan kakitangan kanan yang memihak kepada Felda dan menggantikannya dengan mereka yang tidak mempunyai ‘roh’ Felda.

Sementara itu, KPF juga mengalami nasib sama. Antara tindakan FGV termasuklah:

n Memindahkan operasi anak-anak syarikat yang mendapat keuntungan lumayan kepada anak-anak syarikat yang dimiliki sepenuhnya FGV.

n FGV tidak memberi sebarang pampasan terhadap hasil jualan syarikat yang mana KPF mempunyai kepentingan.

n Tidak berbincang dan memaklumkan kepada KPF keputusan-keputusan operasi yang akan menjejaskan kepentingan KPF.

Adalah difahamkan FGV mengambil langkah menjauhkan diri dari Felda dan KPF serta beberapa tindakan disebabkan:

n Tidak mahu nama FGV dikaitkan dengan masalah yang dihadapi Felda sejak akhir-akhir ini.

n Mahu mengubah imej ‘kampung’ kepada ‘imej antarabangsa’.

n Semua percaturan perniagaan hanya fokus kepada FGV. Tiada keistimewaan kepada Felda dan KPF dalam apa bentuk sekalipun.

n Perlu menggantikan pengurusan lama dengan pengurusan baharu bagi menjayakan transformasinya.

Tetapi malangnya, langkah langkah FGV itu tidak dapat memberi hasil yang baik kepada pemegang sahamnya. Ini kerana:

n Kekuatan yang ada pada Felda dan KPF tidak digunakan oleh FGV tetapi mencari perniagaan yang berisiko tinggi dan bukan kepakaran mereka (se­perti merancang membuat mee ramin, menanam durian, nanas dan padi).

n Transformasi yang dibentangkan adalah strategi perniagaan yang telah dan sedang dilaksanakan. Tidak ada tindakan atau idea baharu.

Imej

Namun, imej ‘kampung’ iaitu dengan bekerja keras dan sentiasa turun ke ladang tanpa me­ngira waktu bertukar menjadi satu imej baharu dengan budaya kerja baharu – memberi arahan dari pejabat, pelaksanaan korporat tanpa mengira tujuan penubuhan Felda dan tidak peka dengan budaya Melayu sehingga Pengerusinya dikenali sebagai A Dancing Chairman.

Prestasi kewangan FGV semakin merosot dan dividen tidak diberikan kepada pene­gang-pemegang sahamnya. Kegagalan diletakkan kepada isu legasi, pengurusan lama dan harga minyak sawit yang rendah sedangkan syarikat syarikat perladangan lain mendapat keuntungan lumayan.

Bayaran elaun kepada pengerusi bukan eksekutif FGV pula lebih tinggi daripada gaji Ketua Pegawai Eksekutif syarikat. Elaun yang diterimanya adalah tertinggi untuk mana-mana pengerusi bukan eksekutif dalam syarikat perladangan di Malaysia.

Jadi sekarang kita faham ke­napa pemegang saham utama memilih untuk tidak memberi sebarang imbuhan kepada pengerusi dan ahli lembaga pengarahnya. Pemegang saham tidak menyingkirkan Pengerusi­nya kerana tahu ia adalah lantikan kerajaan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini