Mekanik maut kemalangan di di Jalan Kuantan-Pintasan - Utusan Malaysia

Mekanik maut kemalangan di di Jalan Kuantan-Pintasan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUANTAN 11 Julai – Seorang mekanik maut setelah motosikal jenis Honda EX5 ditunggangnya dilanggar sebuah kereta jenis Perodua Viva dalam kemalangan di Jalan Kuantan-Pintasan berhampiran Taman Datuk Rashid, di sini awal pagi ini.

Dalam kejadian pada pukul 2.05 pagi itu, mangsa, Syamshul Hassan Mohd. Maulana, 19, meninggal dunia di tempat kejadian manakala pemandu Perodua Viva, Mohd. Sharul Hafizan Norizan, 27, tidak mengalami kecederaan.

Adik Mohd. Sharul Hafizan yang memandu kereta jenis Toyata Vios, Mohd. Amin Salarudin, 26, yang turut terlibat dalam kemalangan berkenaan juga tidak cedera.

Memuatkan artikel berkaitan…

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik negeri, Superintenden Kamarulzaman Jusoh berkata, siasatan awal mendapati, ketika kejadian Perodua Viva itu berada di lorong kanan menghala ke Taman Datuk Rashid.

“Apabila tiba di tempat kejadian, motosikal jenis Honda EX5 yang berada di hadapan di lorong kiri telah mengubah laluan ke kanan lalu dilanggar oleh Perodua Viva dari arah belakang.

“Dalam masa sama, kereta Toyota Vios yang berada di lorong sama (kanan) tidak sempat membrek lalu melanggar Perodua Viva berkenaan,” katanya di sini hari ini.

Kamarulzaman berkata, akibat perlanggaran tersebut penunggang motosikal terbabit meninggal dunia di tempat kejadian.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini