MCA bantah DAP anjur perhimpunan pertahan Choo Kiong - Utusan Malaysia

MCA bantah DAP anjur perhimpunan pertahan Choo Kiong

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH 11 Julai – MCA Perak membantah tindakan beberapa wakil rakyat DAP yang menganjurkan perhimpunan mempertahankan ahli exco kerajaan negeri, Paul Yong Choo Kiong yang menghadapi dakwaan merogol pembantu rumah.

Ketua Biro Pengaduan dan Perkhidmatan Awam MCA Perak, Low Guo Nan berkata, terhadap sekurang-kurangnya tiga berhimpunan mempertahankan Choo Kiong dianjurkan dan diketuai oleh wakil rakyat DAP di kawasan masing-masing.

Menurutnya, perhimpunan itu membawa mesej bahawa Choo Kiong tidak bersalah dan dibimbangi ini mempengaruhi masyarakat bahawa exco berkenaan tidak bersalah kerana kononnya ada unsur penganiayaan politik di sebalik tuduhan tersebut.

Memuatkan artikel berkaitan…

Beliau berkata, perhimpunan itu juga dibimbangi akan mempengaruhi siasatan pihak berkuasa.

“Perhimpunan ini membawa mesej yang salah dan mempunyai unsur hasutan. Ia umpama kes ini tidak perlu disiasat, kita semua percaya Paul Yong tidak bersalah.

“Jadi kita nampak ADUN DAP sudah jadi seperti hakim dan menjatuhkan keputusan bahawa Paul Yong tidak bersalah sedangkan siasatan kes ini sedang dijalankan,” katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.

Guo Nan berkata, perhimpunan mempertahankan Choo Kiong diadakan di Tronoh, Menglembu dan Taiping baru-baru ini dengan para peserta perhimpunan menunjukkan plakad dengan tulisan pelbagai bahasa yang termasuk perkataan penganiayaan politik, fitnah dan sebagainya terhadap Choo Kiong.

Menurutnya, beliau telah membuat laporan polis mengenai perhimpunan berkenaan dan menjangkakan lebih banyak perhimpunan seumpama itu akan diadakan.

“Saya menyeru pihak polis supaya memandang serius perkara ini termasuk mengharamkan perhimpunan ini,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini