Mbappe tinggalkan PSG? - Utusan Malaysia

Mbappe tinggalkan PSG?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON – Pengarah sukan Paris Saint Germain (PSG), Leonardo mengakui dia tidak dapat berjanji kepada peminat untuk mengekalkan pemain utama, Kylian Mbappe pada musim depan.

Mbappe merupakan sasaran utama Real Madrid dan pemain berusia 20 tahun itu mendakwa bahawa dia mempunyai projek baharu tidak lama lagi.

Leonardo percaya Mbappe gembira di Paris namun dia tidak boleh menghalang pemain itu untuk meninggalkan Parc des Princes.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Saya tidak pernah berjanji untuk dua musim. Pertamanya sebab saya bukan individu yang bertanggungjawab untuk apa yang berlaku di kelab ini dan keduanya saya tidak mahu berjanji tanpa mengetahui perkara sebenar,” katanya.

Biarpun masih muda, Mbappe sudah meledak 60 gol untuk PSG dalam dua musim. Dia turut memenangi Ligue 1 dua kali. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini