KUALA SELANGOR – Semua pontun pengorekan dan penyedutan pasir yang tidak lagi beroperasi diarahkan dibawa keluar terutama di sekitar Sungai Selangor. Menteri Besar Selangor, Amirudin Shari berkata, beliau telah meminta Lembaga Urus Air Selangor (LUAS), Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) dan badan penguatkuasa negeri melaksanakannya agar tidak menanggung lagi risiko pada masa depan. “Kita tidak mahu pontun yang tidak lagi beroperasi dibiarkan begitu sahaja di tengah sungai sehingga akan mengakibatkan pengaliran minyak dan sebagainya. “Ini berikutan pencemaran kali kedua di Sungai Selangor adalah disebabkan minyak diesel dipercayai perbuatan sabotaj,” katanya…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya