Masjid medan pupuk penyatuan umat Islam - Raja Perlis - Utusan Malaysia

Masjid medan pupuk penyatuan umat Islam – Raja Perlis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KANGAR – Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail bertitah masjid di Perlis mesti bebas daripada politik sebaliknya kekal sebagai medan untuk memupuk perpaduan dan menyemai kasih sayang berlandaskan prinsip ukhuwah Islamiyyah.

Sehubungan itu baginda mahu masjid-masjid dalam negeri Perlis ditabir dan diimarahkan tanpa melibatkan kepentingan parti dan sentimen politik.

“Landskap politik boleh berubah. Parti dan kerajaan peringkat negeri dan persekutuan juga boleh bertukar namun masjid-masjid hendaklah kekal dengan peranannya menyatukan umat Islam,” titah Tuanku Syed Sirajuddin.

Memuatkan artikel berkaitan…

Baginda bertitah merasmikan Mulaqa Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail Tahun 2019 bersempena sambutan keputeraan baginda ke-76 di Dewan Warisan di sini hari ini.

Teks titah baginda dibacakan oleh Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail. – Bernama
 
 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini