KOTA KINABALU 31 Julai – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Kudat menahan sebuah bot nelayan Vietnam selepas mendapati mereka menangkap balat atau timun laut, secara haram di Pulau Mandi Darah, Pitas pada Isnin lepas. Pengarah Zon Maritim Kudat, Komander Maritim Boon Chin Chau berkata, bot nelayan itu ditahan pada pukul 4.40 petang dan hasil pemeriksaan mendapati bot berkenaan berpendaftaran tempatan namun dikendalikan enam kru warga Vietnam berusia antara 21 dan…










