Mangsa renjatan elektrik selamat dikebumikan - Utusan Malaysia

Mangsa renjatan elektrik selamat dikebumikan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PASIR PUTEH – Mangsa runtuhan tangga dan renjatan elektrik di Sungai Buloh selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Lembah, dekat sini, hari ini.

Mangsa terbabit, Wan Hasheliza Wan Ibrahim, 29, bersama suaminya, Shahril Apipie Mokhtar, 29, dikebumikan dalam satu kubur pada pukul 10.20 pagi tadi.

Menurut bapa Allahyarham Wan Hasheliza, Wan Ibrahim Awang Kechik, 59, pihaknya meminta kebenaran keluarga besannya untuk semadikan mereka di Kampung Sepulau bagi memudahkan pengurusan pengkebumian.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Kedua-dua keluarga reda dengan pemergian mereka sebagai takdir yang telah tersurat.

“Hasrat anak dan menantu kami mendapatkan cahaya mata pertama selepas tiga tahun mendirikan rumah tangga tidak kesampaian kerana Allah lebih menyayangi mereka.

“Tidak dapat dinafikan memang kami amat sedih kerana telah kehilangan tiga orang tersayang serentak, termasuk anak dalam kandungannya,” katanya ketika ditemui selepas majlis pengebumian mangsa berkenaan sebentar tadi.

Wan Ibrahim berkata, kali terakhir dia bertemu dengan mereka adalah pada awal bulan ini ketika pulang ke kampung halaman untuk solat hajat memohon keselamatan anak dalam kandungannya.

Terdahulu, ketiga-tiga jenazah yang dibawa dari Hospital Sungai Buloh, tiba pada pukul 8.30 pagi tadi, sebelum disembahyangkan di rumah Wan Ibrahim. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini