Mangsa ragut diminta buat laporan polis - Utusan Malaysia

Mangsa ragut diminta buat laporan polis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 13 Julai – Wanita yang menjadi mangsa ragut di hadapan Kompleks Sogo, di Jalan Tuanku Abdul Rahman, pada 4 Julai lalu masih belum membuat laporan polis.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Mohd. Fahmi Visuvanathan Abdullah berkata, hanya perakam video tular terbabit yang telah membuat laporan polis.

Menurut Mohd. Fahmi, siasatan telah dibuat berdasarkan laporan polis tersebut walaupun mangsa sendiri belum berbuat demikian.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Dalam kejadian tersebut, suspek yang menaiki sebuah motorsikal telah meragut rantai leher mangsa iaitu seorang wanita yang sedang melintas jalan dari arah Kompleks Sogo menuju ke Komples Pertama.

“Kita minta mangsa ragut tersebut tampil membuat laporan polis di Ibu pejabat Polis Daerah Dang Wangi atau mana-mana balai polis yang berhampiran bagi membantu siasatan,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini