Mangsa pencemaran Pasir Gudang boleh saman tetapi... - Utusan Malaysia

Mangsa pencemaran Pasir Gudang boleh saman tetapi…

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 7 Julai – Hasrat mangsa pencemaran toksik di Pasir Gudang untuk memfailkan saman kepada pihak yang bertanggungjawab menyebabkan masalah kesihatan yang dialami mereka mungkin tidak berjaya jika mereka gagal membuktikan kilang yang mana satu terlibat membuang sisa toksik.

“Dari perspektif undang-undang untuk mangsa terlibat, mereka hanya boleh membuat tuntutan sivil kalau berjaya membuktikan kilang itu menyebabkan kecederaan kepada mereka.

“Mereka boleh menyaman kilang yang terlibat tetapi kita tidak boleh hanya mengagak sebaliknya kena spesifik, jika tidak mereka akan menafikan terlibat membuang sisa toksik ini,” kata Timbalan Penasihat Undang-undang Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof. Madya Dr. Salawati Mat Basir.

Memuatkan artikel berkaitan…

Bercakap kepada Mingguan Malaysia dalam satu wawancara khas yang disiarkan hari ini, Salawati berkata, di mahkamah soal pembuktian sangat penting kalau gagal ia dianggap sebagai tiada kes dan membuang masa mahkamah.

Dalam pada itu, beliau juga menggesa supaya kerajaan bertindak pantas dan tegas dalam menyelesaikan masalah pencemaran tersebut jika tidak mahu dihukum di masa hadapan.

“Bagi saya kerajaan perlu menangani isu pencemaran ini dengan sangat berkesan, kalau tidak rakyat akan hilang kepercayaan kepada mereka,” tegasnya.

Wawancara penuh bersama beliau boleh diikuti dalam Mingguan Malaysia hari ini.- UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini