ISTANBUL 26 Julai- Malaysia sedang mengkaji kerjasama dalam industri pertahanan dengan Turki dalam usaha ke arah menghasilkan produk ketenteraan sendiri, kata Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad. Katanya usaha seperti itu bagaimanapun memakan masa kerana ia memerlukan wang yang banyak. “Tak banyak negara sanggup pindahkan teknologi kepada kita tetapi Turki berjanji akan beri segala yang kita nak. Dari segi teknologi pembuatan dan sebagainya Turki bersedia untuk beri kerjasama,” katanya pada majlis bersama diaspora Malaysia di sini Jumaat. Dr Mahathir kini dalam rangka lawatan rasmi empat hari ke Turki sejak Rabu.…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya