Malaysia negara terbaik untuk melabur - Utusan Malaysia

Malaysia negara terbaik untuk melabur

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 11 Julai – Malaysia muncul sebagai negara terbaik dunia untuk melabur atau menjalankan perniagaan pada 2019, menurut majalah CEOWORLD.

Menurut laporan majalah itu, Poland berada di tempat kedua diikuti oleh Filipina, Indonesia dan Australia dengan Malaysia terus menjadi destinasi paling menarik untuk pelabur dan ahli perniagaan dalam kalangan 67 negara yang ditinjau.

Menurut CEOWORLD, penarafan itu berdasarkan 11 faktor berbeza termasuk rasuah, kebebasan (peribadi, perdagangan dan kewangan), tenaga kerja, perlindungan pelabur, infrastruktur, cukai, kualiti hidup, birokrasi dan kesediaan teknologi.

Setiap kategori diberi pertimbangan sama rata.

Penarafan itu meletakkan Singapura di tempat keenam diikuti India, Republik Czech, Sepanyol dan Thailand.

United Kingdom, Amerika Syarikat, China dan Jepun masing-masing di tempat ke-16, ke-18, ke-24 dan ke-32.

Setiap tahun, majalah CEOWORLD memberi penarafan dunia berdasarkan pelbagai kategori iaitu daripada orang terkaya kepada universiti terbaik, syarikat terbaik dan eksekutif terbaik.

Satu daripada kategori itu adalah World’s best Countries to Invest In or Do Business (Negara Terbaik Dunia Untuk Melabur Atau Menjalankan Perniagaan). – BERNAMA

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×