KANGAR 24 Julai – Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail menyarankan agar orang ramai terutamanya generasi muda untuk melebihkan memakan buah-buahan tempatan untuk kesihatan diri dan teruslah menyumbang terhadap kemajuan ekonomi negara. Menurut baginda, ini adalah disebabkan buah-buahan tempatan terjamin lebih segar kerana tidak perlu melalui tempoh masa yang panjang dari proses ia dipetik sehingga dipasarkan seperti buah-buahan import. “Kandungan zat dan vitamin buah-buahan tempatan juga akan lebih terpelihara dan membantu pertumbuhan fizikal kita. “Negara kita sememangnya kaya dengan pelbagai jenis buah-buahan dan mempunyai khasiat yang tinggi.…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya