NEW YORK – Majalah komik satira terkenal, MAD tidak lagi dijual dipasaran selepas beroperasi selama 67 tahun.
Menurut laporan Bloomberg, majalah komik terkenal itu akan menghentikan penerbitan bahan baru.

Penerbitan dua kali sebulan majalan itu akan menyiarkan koleksi lama dan akan hanya dijual di kedai komik dan dihantar melalui pos kepada pembeli yang membuat langganan.
Memuatkan artikel berkaitan…
“Bekerja di MAD adalah impian zaman kanak-kanak yang menjadi kenyataan. MAD adalah sebuah institusi yang mempunyai sejarah yang kaya, “kata bekas editor Allie Goertz di Twitter.- UTUSAN ONLINE











