‘Mahu duit? Tidak boleh saman Boeing’ - Utusan Malaysia

‘Mahu duit? Tidak boleh saman Boeing’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Ahli keluarga mangsa nahas pesawat Boeing 737 MAX milik Lion Air mendakwa ditipu mengenai pembayaran wang pampasan.

BBC memetik kumpulan peguam kesemua ahli keluarga berkenaan mendakwa telah dipujuk untuk menandata­ngani borang bagi mengelakkan mereka mengambil tindakan undang-undang terhadap Boeing.

Boeing setakat ini enggan memberi sebarang kenyataan.

Memuatkan artikel berkaitan…

Kesemua 189 penumpang dan anak kapal terkorban dalam nahas pesawat Lion Air, JT10 pada 29 Oktober tahun lalu.

Dalam tempoh beberapa minggu kemudian, ahli keluarga mang­sa ditawarkan pampasan oleh peguam insurans namun perlu menandatangani perjanjian yang menghalang mereka mengambil tindakan undang-undang terhadap Boeing atau Lion Air.

Menurut Merdi­an Agustin yang kehila­ngan suami­nya dalam nahas tersebut, peguam insurans cuba memujuknya menandata­ngani dokumen itu.

“Ada dinyatakan kami boleh dapat duit namun tidak boleh saman Lion Air dan Boeing.

“Kumpulan peguam itu me­yakinkan saya supaya menandatangani perjanjian terbabit dan akan memperoleh duit secepat mungkin. Namun saya menolak­nya kerana ini bukan soal duit, tapi soal nyawa suami saya yang terkorban,” dakwanya.

Seorang peguam yang mewakili keluarga mangsa, Sanjiv Singh berkata, mereka yang menandatangani perjanjian itu seolah-olah diberi tekanan.

Pada 3 Julai lalu, Boeing meng­umumkan dana AS$100 juta (RM411 juta) untuk membantu ahli keluarga yang terlibat dalam dua nahas pesawat 737 MAX termasuk Ethiopian Airlines.

Namun, keluarga mangsa nahas pesawat Ethiopian Airlines memaklumkan tidak mende­ngar sebarang perkhabaran berhubung bantuan dana yang dijanjikan oleh Boeing selain menyifatkan ‘rancangan’ tersebut hanya untuk mendapatkan publisiti murahan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini