Liverpool bimbang kehilangan Klopp - Utusan Malaysia

Liverpool bimbang kehilangan Klopp

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON – Liverpool kini dilaporkan berdepan masalah dalam usaha memujuk pengurusnya, Jurgen Klopp menandatangani kontrak baharu bersama mereka.

Klop sebelum ini dipercayai menerima pendapatan sekitar £7 juta (RM36.3 juta) setahun dan pemilik The Reds, Fenway Sports Group (FSG) bercadang untuk menaikkan gajinya kepada £10 juta (RM51.8 juta) berikutan kejayaan mereka menjulang gelaran Liga Juara-Juara musim lepas.

Kelab Anfield itu mahu mengikat Klopp selama enam tahun lagi supaya dapat mengelak kelab lain daripada merampasnya.

Memuatkan artikel berkaitan…

Bagaimanapun, pengendali dari Jerman itu dikatakan mahu lebih berhati-hati tentang masa depan kariernya dan tidak berminat untuk membimbing sesebuah kelab bola sepak itu dengan masa yang terlalu lama.

Klopp juga menganggap kesihatannya lebih berharga daripada wang ringgit, sekali gus enggan meletakkan dirinya dalam keadaan penuh tekanan dengan menyambung kontrak yang lama bersama Liverpool.

Dia telah menandatangani kontrak selama enam tahun pada 2016 yang mana menyaksikannya kekal di Liverpool sehingga 2022.

Namun, FSG bimbang kelab-kelab lain akan cuba memujuknya untuk mening­galkan Anfield pada peng­hujung kontraknya iaitu musim 2021-22.

Reputasi Klopp sebagai salah seorang pengurus elit mula memuncak apabila dia berjaya mengembalikan semula imej The Reds dengan menjuarai trofi Liga Juara-Juara dan menamatkan saingan Liga Perdana England (EPL) di tangga kedua dengan 97 mata.

Dia dikatakan masih bersemangat untuk menamatkan penantian 29 tahun Li­verpool dalam misi bergelar sebagai Raja EPL sekali lagi. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini