ROM, Itali – Seorang mangsa terkorban dan beberapa pelancong dikhuatiri hilang akibat letusan kuat sebuah gunung berapi di pulau milik Itali, Stromboli, lapor akhbar The Sun. Sebilangan warga Britain adalah antara pelancong dan warga tempatan yang bertempiaran lari ketika asap tebal menutup langit pulau kecil di rantau Mediterranean itu kelmarin. Gunung Stromboli turut menghamburkan lahar dan batu panas. Pasukan kecemasan bergegas ke lokasi kejadian apabila letusan tersebut mencetuskan beberapa kebakaran di sebelah barat Pulau Stromboli. Kira-kira 30 pelancong terjun ke dalam laut untuk menyelamatkan diri selepas lahar panas mengalir. Seorang…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya