KUANTAN – Seorang tukang masak berusia 55 tahun di sini kerugian RM27,000 selepas ditipu ‘Sarjan Azlan’ dan ‘Inspektor Firdaus’. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Pahang, Superintendan Mohd. Wazir Mohd. Yusof berkata, lelaki itu dihubungi suspek melalui nombor +321460522 kelmarin. “Suspek menyamar dari Telekom Malaysia dan memberitahu nombor telefon pengadu ada masalah. Talian disambungkan pula kepada Sarjan Azlan. “Sarjan Azlan mendakwa pengadu terlibat pengubahan wang haram dan diminta bercakap dengan Inspektor…










