BESUT 17 Julai – Ketibaan musim durian dimanfaatkan seorang pengusaha Lemang Anekarasa di Pasar Tani Kekal (PTK) Nyiur Tujuh dekat sini untuk menghasilkan hidangan istimewa iaitu lemang durian. Che Rimi Hussin, 49, berkata, walaupun baharu diperkenalkan namun resipi yang menggunakan durian jenis 101 itu mendapat sambutan menggalakkan daripada kalangan peminat raja buah tersebut. Dia yang mengusahakan perniagaan itu bersama isterinya, Norakhadah Yatimin, 46, berkata, harga bagi sebatang lemang durian adalah…










