KUALA LUMPUR 31 Julai – Lelaki warga India yang terjatuh di Sungai Klang berhampiran Jalan Tun Sambanthan, semalam ditemukan mati lemas kira-kira empat kilometer daripada lokasi kejadian, hari ini. Pusat Gerakan Operasi (PGO) Kuala Lumpur dalam satu kenyataan memaklumkan, mayat mangsa berusia 28 tahun itu ditemukan berhampiran Jalan Klang Lama, Batu 6 1/2, Taman Sri Sentosa, di sini pada pukul 4.02 petang tadi. “Menurut Komander Operasi, Salehtul Azmir Abdullah, pencarian…










